TOPIC 2: THE BEST TEACHER I HAVE EVER KNOWN

 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada ketika aku menulis entri kali ini, kita umat Islam telah pon melalui sebulan ramadan. Walaupun aidilfitri tahun ni masih lagi tak dapat balik kampung dan meraikan aidilfitri bersama-sama saudara mara tapi alhamdulillah masih diberi peluang menyambut aidilfitri bersama keluarga kecil aku. Semoga Malaysia bebas dari virus Covid-19 secepat mungkin amin๐Ÿ’—


Topik kalini aku akan menceritakan tentang guru terbaik yang pernah aku jumpa sepanjang aku menjadi seorang pelajar. Alhamdulillah semua guru-guru aku baik dan hebat-hebat belaka. Semua guru-guru ada cara mereka tersendiri dalam mendidik pelajar. Namun, sudah tentu matlamat mereka sama untuk membentuk pelajar yang cemerlang dan seimbang jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Ada guru yang garang dan tegas tapi mereka sangat prihatin dengan keadaan pelajar. Ada guru yang lawak, ceria dan lemah lembut tetapi mereka takkan biarkan pelajar-pelajar tidak menyiapkan tugasan dan tidak fokus di dalam kelas. Menjadi seorang guru bukanlah mudah kerana perlu berdepan dengan pelajar yang mempunyai personaliti dan latar belakang yang berbeza. 

Di antara semua guru yang pernah mengajar aku, ada seorang guru yang banyak memberi kesan kepada perkembangan dan motivasi aku untuk berjaya dalam hidup ini. Aku bukanlah seorang pelajar yang menonjol dan cemerlang. Aku lebih banyak senyap dalam kelas dan aku sangat bergantung kepada dorongan guru-guru untuk belajar di dalam mahupun luar kelas. Sejujurnya sebab aku kurang keyakinan diri. Walaupun aku tahu jawapan dan faham apa yang cikgu ajar, aku tak berani nak suarakan jawapan aku. Perkara ini membuatkan aku ragu-ragu dengan kemampuan aku sendiri. Cara untuk aku beranikan diri, aku akan buat ja sesuatu tu tanpa fikir. 

Cikgu Salmah ialah guru yang sangat banyak membantu aku dari segi akademik dan banyak bagi motivasi untuk aku bina keyakinan diri. Cikgu Salmah atau lebih kenali dengan gelaran umi merupakan guru matematik aku semasa tingkatan 3 dan beliau mengajar aku biologi semasa tingkatan 4 dan 5. Beliau juga merupakan ibu kepada sahabat baik aku semasa di sekolah iaitu Amnani. Bagi aku usaha beliau dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran yang diajar sangat mengagumkan. Di samping itu, beliau juga banyak memberi nasihat berkaitan agama dan akhlak kepada pelajar-pelajarnya termasuk aku.

What Qualities Related to Philosophy That Made This Person A Great Teacher?

Aku dapat lihat, sebagai seorang guru, Umi sentiasa berusaha untuk memastikan pelajar-pelajarnya faham dan kuasai subjek yang diajar. Banyak inisiatif yang Umi lakukan. Pengorbanan masa Umi selepas waktu persekolahan untuk kelas tambahan bagi pelajar-pelajar lemah sangat aku hargai. Umi meletakkan diri beliau sebagai model yang bertanggungjawab memastikan pelajar menguasai ilmu yang disampaikan. Umi sentiasa bersedia menerima pelbagai persoalan dari kami para pelajar. Hal ini membuktikan Umi menguasai sepenuhnya subjek yang diajar. Zaman aku SPM kan ada soalan KBAT, kalau aku tanya soalan merapu pun Umi boleh jawab and relatekan dengan subjek tu. Dalam masa yang sama Umi memberi peluang kepada kami para pelajarnya untuk meneroka dan berfikir tentang apa yang diajarnya. Bagi aku cara ini dapat membuka minda para pelajar dan meningkatkan pemahaman pelajar. Ketegasan Umi menyebabkan aku rasa nak berusaha lebih dalam pencapaian akademik aku. Selain itu, Umi juga menekankan pendekatan dalam pembentukan akhlak dan kerohanian. Umi banyak selitkan nasihat-nasihat berkaitan adab dan nasihat-nasihat berkaitan Islam. Contohnya, keberkatan ilmu dan adab terhadap guru-guru selalu umi ingatkan kepada kami para pelajar. Umi jugak selalu bagi kata-kata motivasi supaya kitorang para pelajar ni tak putus asa. Sangat bersifat keibuan yaa huhu.

Teacher’s Natural Perspectives in Philosophy

Perspektif Umi dalam falsafah pendidikan merangkumi unsur-unsur yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Barat dan Falsafah Pendidikan Islam seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Mengikut Falsafah Barat, perspektif falsafah Umi ialah idealisme dan pragmatisme. Secara umumnya, dapat dilihat Umi sentiasa berusaha menekankan kepentingan ilmu dan membentuk akhlak anak didiknya. 

Seperti yang aku katakan tadi umi seorang pragmatisme. Beliau selalu mengalakkan pelajarnya untuk melakukan sesuatu itu secara 'hands on'. Pendekatan ini sangat sesuai dengan subjek yang diajarnya iaitu matematik dan biologi.  Yang mana, untuk memahami matapelajaran tersebut pelajar perlu melakukan latihan atau membuat eksperimen. Disebabkan itu, aku lebih suka belajar sesuatu itu melalui pengalaman atau secara praktikal. Aku akan lebih faham apa yang dipelajari. Dengan cara ini juga saya dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan kemahiran akademik saya. Umi juga sangat menekankan pembentukan sahsiah pelajar seperti yang dianjurkan dalam Islam. Dari sini pelajar-pelajar termasuk aku sendiri belajar dan amalkan akhlak-akhlak yang baik. Jelaslah di sini, perspektif Umi ini berkait dengan unsur falsafah progresivisme dan rekonstruksionime. 

Sebagai seorang idealisme pula Umi sangat pentingkan pencapaian akademik pelajar-pelajarnya. Oleh itu, beliau selalu berusaha memastikan dirinya dapat membantu pelajar mencapai target sekolah. Beliau sangat memandang serius tanggungjawabnya sebagai guru dalam membentuk pelajar. Umi suka mengaitkan apa yang dipelajari dengan apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar supaya pelajar lebih memahami apa yang dipelajari. cara mengajar seperti penceritaan itu menunjukkan yang Umi ialah seorang idealisme. Selain itu, Umi juga mengajar dengan cara membimbing pelajarnya untuk menerokai apa yang dipelajari. Beliau  turut memberi peluang kepada pelajar untuk mengeluarkan idea-idea mereka dan membentuk kefahaman mereka tersendiri berdasarkan bimbingannya.

Aku dapat lihat, seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islam, dalam aspek Ta'lim, Umi sangat menekankan kepentingan ilmu kepada pelajar. Beliau selalu menyuruh kami para pelajarnya memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu. Dalam aspek Ta'dib pula, umi pernah mengatakan kepada saya bahawa ilmu yang diperoleh di sekolah ini bukan untuk berjaya dalam peperiksaan semata-mata tetapi perlu diguna pakai dan dimanfaatkan dalam kehidupan. Ilmu yang diperoleh itu akan memajukan diri dan juga masyarakat dengan membentuk peradaban yang baik. Manakala, dalam aspek Tarbiyyah, Umi sentiasa membimbing pelajar menjadi insan yang berjaya dalam semua aspek. Beliau adalah seorang pendidik yang sentiasa positif dan menyokong usaha anak muridnya.  Sebagai seorang guru Umi sentiasa berusaha membentuk pelajarnya untuk menjadi seorang insan yang cemerlang akademik, seimbang , taat dan patuh kepada tuhan serta menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. 

Usaha dan bimbingan Umi telah memberi semangat dan motivasi kepada aku untuk sentiasa berusaha mendapatkan ilmu. Cara aku belajar juga lebih kreatif, tidak sepenuhnya bergantung kepada apa yang disediakan oleh guru tetapi turut berikhtiar untuk mendapatkan ilmu daripada sumber lain. Dengan itu, pengetahuan aku lebih berkembang. Keyakinan diri aku juga semakin bertambah. Di samping itu, aku juga lebih menghargai pendidik dan ilmu yang disampaikan oleh mereka. Aku juga dapat menentukan matlamat hidup dan pandangan masa depan kerana mempunyai semangat dan tekad intuk menjadi insan yang berjaya serta menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Sampai situ sahaja entri aku kali ini. Aku berharap semua guru-guru aku diberi kesihatan yang baik dan terus komited dalam menabur bakti membentuk insan-insan di sekolah kerana pembentukan insan dan kesejahteraan negara di masa hadapan bermula di sekolah.๐Ÿ’— 


Comments

Popular Posts