TOPIC 1 : WHY DO I WANT TO BECOME AN EDUCATOR

Hi, Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang bernafas dan mampu menulis lagi kali ini. Harini, dah masuk 1 Ramadan. Kita semua masih diberi peluang berpuasa dan beramal lagi tahun ini. Ramadan kali ini dah masuk 2 tahun kita berpuasa dalam keadaan dilanda wabak Covid-19. Namun syukurnya tahun ni dah boleh tarawih di surau walaupun ada had jumlah jemaah. harapnya berpeluanglah beberapa kali bertarawih di surau. Rindu suasana berpuasa dulu-dulu. Biasanya aku sekeluarga akan berbuka dan bertarawih di surau. Puasa tahun lepas dan tahun ni bagi aku berbeza cabarannya. Tahun lepas aku bekerja, penat dia memang lain macam bila dah tengah hari dan petang tu. Lagi-lagi kalau time tu panas terik. Kerja dapur ni fuhhh dugaan dia..  dengan bahang dengan tak duduk, berlari sana sini tu Allah je tahu lahh💀💀. Berat tayah citer lah memang susut sangat hihi. Tahun ni pula dah jadi student balik hehe. Kena ODL pulak tenang sikit😄 tapi hari-hari nak kena fikir nak masak apa pula 😅 semoga kita semua dirahmati Allah sepanjang bulan Ramadan ni.💗

Kembali kepada tajuk kita kali ini, "WHY I WANT TO BECOME AN EDUCATOR?"

Sejujurnya cita-cita nak jadi pendidik ni memang dari zaman sekolah dulu. Bila cikgu tanya "cita-cita awak nak jadi apa?" jawapan aku pertama nak jadi cikgu, kedua nak jadi doktor. Cliche betul! Masuk sekolah menengah bila cikgu tanya lagi jawapan aku pertama nak jadi cikgu, kedua nak jadi chef. Tapi masa tu aku sendiri tak tau betul ke aku nak jadi cikgu. Kenapa aku nak jadi cikgu? satu je jawapan aku boleh cakap tu je jawapan standard sebab tak fikir  masak-masak lagi pasal hala tuju hidup ni. Jawapan tipikal laa bila tanya pasal cita-cita ni. Mind set aku masa tu asal berjaya je jadi cikgu, doktor, saintis. HAHAHAHA asalkan ada jawapan bila org tanya besar nak jadi apa. Tapi nampak tak kat situ aku pandang tinggi profession guru ni.😚 

Masa dah masuk sekolah menengah aku lebih cenderung nak jadi Chef. Aku memang minat dan yakin laa nak jadi Chef ni sbb dari kecil lagi dah kena ajar masuk dapur. Buat business kuih talam, kuih raya, masak-masak untuk kawan-kawan. Tapi SPM aku ambil aliran sains tulen. Aku memang dah rasa aku bukan ditakdirkan untuk belajar aliran sains ni. Habis SPM aku yakinkan parents aku untuk izinkan aku ambil diploma kulinari. Alhamdulillah mereka izinkan. Tapi aku jugak mohon IPG. Memang kalau tak jadi Chef nak jadi cikgu laa. Kiranya kerjaya cikgu ni memang ada dalam pelan masa depan aku laa hahaha😂. Aku nak jadi cikgu pendidikan khas sebenarnya, tapi subjek sains tulen aku takde satu pon yang A. Jadinya tak layak laa. Aku pon mohon untuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Lepas buat ujian kecergasan, Aku tak layak untuk temu duga disebabkan saingan tinggi. Aku pon teruskan lahh pendidikan dalam diploma kulinari ni. 

Sekarang aku nampak dalam bidang ni pon aku boleh jadi pendidik. berbalik kepada soalan tajuk tu. Aku nak jadi pendidik sebab nak sampaikan ilmu dalam bidang yang aku minat. Oleh itu, aku pon sambung ijazah pendidikan vokasional katering. Aku dapat rasakan seronok dan puas bila kita ajar orang faham. Ilmu dapat kita sebarkan, walaupun ilmu tu hanyalah sedikit. Bagi aku sia-sia ilmu yang kita miliki tu kalau tak disebar-sebarkan. Selain itu, melihat mama yang jugak seorang pendidik, memberi inspirasi kepada aku untuk terjun dalam bidang pendidikan. Jika dapat jadi pendidik dalam bidang yang kita minat ni mestilah kita akan buat sehabis baik kannnn. Aku harap adalah rezeki aku untuk menjadi pendidik dalam bidang ini nanti.😄

Selain itu, lepas aku belajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aku nampak yang dengan menjadi pendidik ini aku bukan sahaja dapat sampaikan ilmu dalam bidang aku ceburi ni. Aku boleh manfaatkan peluang menjadi pendidik tak kiralah di mana institusi pun untuk turut bantu membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar yang baik untuk menjamin masa depan negara yang lebih baik. Ilmu seseorang hanya akan dipandang tinggi jika keperibadiannya juga baik.  


WHAT WAS MY INITIAL IMPRESSIONS ON PHILOSOPHY?

Sebelum aku mempelajari falsafah ini, aku hanya faham falsafah ini berkaitan dgn ilmuwan dan pandangan tokoh-tokoh. Pemahaman aku masih terlalu umum. Setelah Mempelajarinya aku kini lebih faham maksud mendalam falsafah. Memahami tafsiran perkataan falsafah iaitu cintakan hikmah dan berusaha mendapatkannya, membuka mata aku tentang kepentingan ilmu dan kebenaran. Di sini, kita kena faham betul-betul maksud hikmah untuk  memahami pengertian falsafah tu tadi. Apa yang aku faham mengenai hikmah dalam definisi falsafah ni ialah kesungguhan dan perjuangan dalam memahami ilmu dan kebenaran serta memanfaatkannya dalam kehidupan. 

Oleh itu, orang yang berfalsafah ini kita katakan tahu membezakan perkara yang betul dan salah, berani bertindak kerana kebenaran dan tahu perkara yang betul dan bertindak melakukannya. Jika hanya tahu perkara yang betul tapi tidak bertindak melakukannya, orang tersebut masih tidak boleh dikatakan berhikmah. Pada pandangan aku, falsafah penting dalam membentuk dan mengembangkan tamadun manusia. Dengan lahirnya manusia yang berfalsafah, ilmu-ilmu di dunia ini dapat diterokai dan dimanfaatkan ke jalan yang benar. Malah, tidak akan berlaku penindasan atau penyelewengan demi kepentingan diri kerana manusia tahu membezakan perkara yang betul dan salah.

HOW CAN I CHANGE MY VIEW ON EDUCATIONAL PHILOSOPHY?

Selepas aku mempelajari falsafah pendidikan aku faham bahawa falsafah pendidikan yang diamalkan di Malaysia menekankan 3 cabang utama falsafah iaitu aksiologi, epistemologi dan metafizik. Dalam aliran falsafah aksiologi iaitu nilai murni, falsafah pendidikan kebangsaan melaksanakan usaha yang berterusan yang bermaksud usaha membentuk dan mengembangkan potensi manusia itu tidak akan tamat. Seterusnya, epistemologi iaitu pertimbangan perkara yang benar dengan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dalam semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi. individu yang berfalsafah bukan sahaja perlu memiliki ilmu yang banyak tetapi juga seimbang dan harmoni dari segi emosi, jasmani dan rohani. Maksudnya, individu berfalsafah bukan sahaja bijak dari segi ilmu, tetapi sihat tubuh badannya, tidak mengalami tekanan perasaan dan memahami ilmu keagamaan. Aliran falsafah terakhir iaitu metafizik yang bermaksud kepercayaan kepada perkara ghaib atau spiritual. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan, kepatuhan kepada tuhan juga ditekankan. Majoriti rakyat Malaysia merupakan Individu beragama. Oleh itu, usaha membentuk individu berfalsafah perlu selari dengan tuntutan agama yang dianuti. Jelaslah bahawa falsafah bukanlah hanya dikaitkan dengan penguasaan suatu ilmu itu, tetapi juga pengamalan ilmu, supaya seseorang itu dapat mencapai kesejahteraan diri mereka dan menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Ilmu yang kita miliki ini akan jadi sia-sia jika tidak diamalkan dan dimanfaatkan.

 Malah ilmu juga akan hilang jika tidak disebarkan dan disampaikan kepada orang lain.

Dalam mengamalkan ilmu juga perlu ikhlas agar mendapat keberkatan dari tuhan.

Terkesima aku, dalam menghayati pengertian falsafah ini, aku dapat lihat bertapa tingginya darjat ilmu.🙌

Sekian sahaja dari aku untuk kali ini. Byee, Assalamualaikum💗



Comments

Popular Posts