TOPIC 3: MY NATURAL PERSPECTIVES OF PHILOSOPHY

 

Assalamualaikum semua pembaca💗

Harapnya semua berada dalam keadaan baik mental dan fizikal. Semoga kita semua terus kuat menghadapi hari-hari mendatang walau apapun dugaan yang dihadapi.  

Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk teruskan menulis di blog ini. Akhirnya sampailah sudah ke topik akhir dalam Karya Philosophia ini. Kini, setelah mempelajari kursus Falsafah Pendidikan aku boleh menilai diri aku daripada sudut yang lain dan aku rasa aku lebih memahami diri sendiri. Aku juga dapat memahami orang lain dengan perspektif falsafah mereka. Marilah menjawab persoalan terakhir dalam karya ini.

Identify TWO of your own natural perspectives of philosophy.

Setelah membuat penelitian terhadap diri sendiri aku dapat lihat perspektif falsafah aku ialah pragmatisme dan idealisme. Aku memang lebih cenderung untuk minat dan seronok buat sesuatu yang melibatkan pergerakan fizikal. Tak kiralah semasa belajar atau pun buat kerja. Kalau ketika belajar, mata pelajaran teori ini sukar bagi aku untuk faham. Aku perlu berusaha lebih supaya aku dapat menguasai mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh, bagi matapelajaran sejarah aku akan mengulang kaji dengan melukis dalam nota peta minda sejarah tu walaupun tak pandai lukis hahaha. Sambil-sambil melukis tu aku akan berimaginasi dan membayangkan peristiwa-peristiwa sejarah yang dipelajari. Haaaa! tu dah menunjukkan yang aku ni seorang yang idealimse kan3? Semasa di sekolah, matapelajaran kegemaran aku ialah kemahiran hidup sebab dapat buat macam-macam kerja kursus macam bertukang, memasak, mempatri alat elektrik. ehh betul ke mempatri?😕 

    Dalam perspektif idealisme pula, aku memang sangat suka berimaginasi dalam kata lain berangan lah kut hahhaha😂 Macam aku cakap tadi, cara aku nak kuasai matapelajaran teori ni adalah dengan cara membayangkan perkara tersebut ataupun aku akan kaitkan dengan kehidupan aku dengan cara refleksi. Aku juga suka bersembang dan bertanya pengalaman orang-orang tua. Seronok sembang dengan mereka ni sebab banyak pengalaman yang mereka ada. Selain itu, aku suka mencuba sesuatu untuk mendapatkan pengalaman aku sendiri. Dengan cara ini aku akan belajar banyak perkara luar daripada bilik darjah. Semasa diploma aku menyertai satu persatuan silat iaitu Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Dalam persatuan ini banyak pengalaman yang aku dapat. Ahli persatuan yang sudah lama selalu berkongsi ilmu dan pengalaman dengan ahli-ahli lain. Ilmu-ilmu agama juga tidak dilupakan malah menjadi sebahagian daripada perkara yang sangat ditekankan dalam persatuan.


Ini adalah antara ahli persatuan PSSCM


With this identity, what is your plan to become a teacher with strong philosophy?

        FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sebagai seorang bakal pendidik, aku akan melaksanakan tanggungjawab aku untuk medidik seperti mana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Terdapat 3 elemen utama dalam FPK yang menepati 3 cabang falsafah iaitu :-

1. Aksiologi- Usaha yang berterusan.
Sebagai bakal pendidik, usaha aku untuk membentuk pelajar perlulah berterusan dan tidak akan terhenti sehingga akhir hayat kerana pembelajaran boleh berlaku sepanjang hayat.

2. Epistemologi- Keseimbangan Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek
Aku perlu memastikan pendidikan aku tidak tertumpu kepada akademik semata-mata. Pelajar yang seimbang dan harmonis bukan seorang pelajar yang bijak sahaja tetapi perlu sihat dan cergas fizikal, dan seimbang emosi. Oleh itu, sebagai pendidik aku juga seharusnya prihatin dengan keadaan emosi pelajar dan memotivasikan pelajar untuk aktif dalam aktiviti-aktiviti lain diluar bilik darjah.

3. Metafizik- Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Di samping itu, elemen keagamaan juga sangat penting dalam membentuk keperibadian dan ketaatan dalam diri para pelajar. dalam mendidik aku juga akan menyelitkan nasihat dan menegur tingkah laku pelajar seperti yang dituntut dalam agama. Walaupun pelajar terdiri daripada pelbagai agama, tuntutan setiap agama semestinya akan membentuk akhlak dan moral yang mulia. Aku percaya dengan penerapan ilmu agama yang cukup pelajar akan memanfaatkan ilmu dan kebijaksanaan mereka ke jalan yang baik.

Begitu juga apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islam iaitu ta'lim, ta'dib dan tarbiyyah. Dengan ta'lim aku akan memastikan pelajar aku berpeluang dan berusaha menuntut ilmu. Seterusnya, seperti yang dijelaskan dalam ta'dib, aku akan mendidik mereka membentuk akhlak dan adab dengan ilmu yang mereka miliki. Akhir sekali tarbiyyah aku akan membantu dan membimbing para pelajar aku supaya mereka terus berusaha untuk belajar dan memanfaat ilmu yang dimiliki untuk kesejahteraan masyarakat disekeliling mereka.

Selain itu, dengan perspektif falsafah yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Barat aku akan merancang cara pengajaran yang sesuai dengan perspektif aku supaya aku lebih yakin semasa mengajar. Sebagai bakal guru yang akan mengajar dalam bidang teknikal dan vokasional aku yakin mengamalkan perspektif pragmatisme tidak akan menjadi satu masalah memandangkan majoriti pelajar sememangnya juga memiliki perspektif falsafah pragmatisme. walau bagaimanapun aku juga perlu menyesuaikan kaedah mengajar yang sesuai untuk pelajar yang memiliki perspektif falsafah realisme dan eksistensialisme supaya mereka juga termotivasi untuk belajar dan matlamat pembelajaran dapat dicapai.Sebagai bakal pendidik pelajar teknikal dan vokasinal juga aku bertanggungjawab memastikan para pelajar membangun dan berjaya dalam bidang TVET seperti apa yang telah digariskan oleh ILO dan UNESCO dalam falsafah TVET iaitu:-
1. Achieve social goals
2. Lead critical views
3. Empower people

How do you think you can achieve becoming one?

Untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya mencapai apa yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aku akan berusaha melakukan perkara-perkara berikut:-

1. Sentiasa memperbaiki diri

Aku juga seorang manusia yang perlu sentiasa belajar walaupun telah menjadi seorang pendidik suatu hari nanti. Oleh itu, untuk memastikan aku boleh menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan berjaya membentuk insan yang kamil dan berbakti kepada masyarakat aku juga perlu sentiasa memperbaiki cara mendidik dan prestasi diri. Melalui pengalaman mendidik dari semasa ke semasa aku akan mengenal pasti kelemahan diri dan memperbaikinya.

2. Memahami pelajar

Pembelajaran tidak akan berlaku dengan jayanya sekiranya tiada persefahaman antara pendidik dengan pelajar. oleh itu, aku juga berperanan memahami pelajar seperti gaya pembelajran dn kecenderungan mereka supaya lebih mudah untuk pelajar faham. Dengan memahami pelajar juga pembelajaran akan berlaku dengan lebih efisien dan seterusnya mereka akan faham matlamat pembelajaran tersebut.

3. Menguasai bidang 

Tidak kurang pentingnya juga, aku akan berusaha menguasai bidang yang akan aku ajar sebaik mungkin. Aku akan  lebih yakin dan bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang cukup supaya aku dapat mendidik dan menjawab persoalan pelajar dengan baik dan betul. Justeru itu, wajar untuk aku belajar bersungguh-sungguh untuk membentuk diri aku menjadi seorang insan yang seimbang dan harmonis sebelum aku diberi tanggungjawab untuk mendidik insan lain. 

Sekian sahaja daripada aku. Aku harap semua yang aku sampaikan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga diri aku. Dengan menulis blog ini, aku juga dapat belajar lebih banyak perkara dan dapat memahami kursus Falsafah Pendidikan ni dengan lebih baik. BYE!!😘

Comments

Popular Posts