KENALI SAYA

 Hi, Assalamualaikum.

Hahahaha untuk keberapa kali tah aku buat blog. 😂 Masa mula-mula aku buat blog dulu sebab terjebak dengan mama. Seronok tengok mama tulis blog, macam tulis diari laa. Masatu umur aku baru 11 tahun. Belajar la buat blog dengan mama, lepastu blog tu share dengan along. Mama suka share pasal menu2 yang dimasak selain daripada aktiviti keluarga kami. al maklum la mama cikgu SRT. TAPI aku dahh taknak tengok blog lama tu CRINGE!!!! hahhaha tak matang langsung 😂😂😂 Aku tinggalkan blog tu mcm tu je. Then, masa aku sekolah menegah aku buat blog baru hehe yang ni okay sikit laa tak cringe mcm blog lama tu. Bila dah masuk Universiti aku dah tak update blog dah sampai laa sekarang. Pastu ehh tiba-tiba kena buat blog untuk assingment falsafah pendidikan pulak. Maka kembalilah kita ke sini hehe.


Ehhh, panjang pulak mukadimah aku. Ni belum perkenalkan diri ni..😅😅

Nama aku Hayyu Majidah Binti Omar. Tahun ni umur aku masuk 22 tahun. Aku dilahirkan di Hospital Pakar Wanita Razif dan Norana, Klang. Aku menetap di Selangor sampai umur 6 tahun, kemudian aku berpindah ke Perak dan bermastautin di sini sehingglah harini. Aku selalu confuse bila orang tanya aku asal mana. Dia nak tau aku lahir kat mana ke aku tinggal kat mana??? cer korang jawab persoalan aku ni... sampai sekarang aku confuse tau.

heeyoooo

Ayah aku Omar Bin Sidek. Beliau bekerja sebagai pegawai operasi ladang dibawah anak syarikat Yayasan Perak. Alhamdulillah tahun ni ayah aku akan genap berumur 55 tahun. Mama aku pula bernama Asmah Binti Husin. Mama bekerja sebagai seorang guru Sains Rumah Tangga di SMK Buntong. Mama ni salah satu asbab kenapa aku boleh minat dalam bidang masakan. Aku mula masuk dapur belajar siang ikan, masak nasi sejak aku darjah 5. Mama suka masak macam2 dulu. Cuba macam2 jenis resepi. Aku pon dok laa sebelah mula2 menyibuk je hehe lama2 belajar laa buat. Tapi tu laa muka aku je dari dulu yang buat pecah pinggan mangkuk kat dapur tu hahahaha😂😂😂 pandai buat pandai settle laa ngeh ngeh ngeh. Ada je yang pecah tu mama tak perasan pon pinggan mangkuk hilang.

Mama dan ayah dikurniakan 4 orang cahaya mata yang comel2 belaka. Along, angah, abang dan bibi.
aku anak kedua yang digelar angah. Kakak aku along tu umur dia tua setahun je dari aku. Biasa kalau umur dekat2 ni adik lagi besar dari kakak kan? haa betul laa tu😂😂. Adik aku yang bawah aku yang aku panggil abang ni 17 tahun. SPM tahun ni wehhhh. Dialah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ni dan yang bongsu kami panggil dia bibi. Masa dia kecik lagi Mama selalu panggil dia anje. Pastu umur dia berapa tah boleh pulak dia suruh kami panggil dia bibi. haa melekat laa gelaran tu sampai sekarang. Bila dah besar ni jangan sesekali panggil dia bibi kat public. Mau kena hempuk nanti.


Itu lahh serba sedikit latar belakang keluarga kecil aku💗
Sekarang aku nak cerita sedikit latar belakang pendidikan aku😀

Mula2 aku bersekolah rendah di SK Haji Hassan. Masa ni mula2 pindah Perak. Dipertengahan darjah 2 rumah aku hampir kena pecah masuk tapi alhamdulillah Allah takdirkan ayah aku bangun pagi tu bancuh susu adik aku. Jadi pencuri tu tak sempat masuk. Kami pon berpindah rumah dan aku bersekolah di SK Seri Langkap sehingga UPSR. Kemudian aku bersekolah di SMK Sultan Abdullah dalam aliran agama sehingga pertengahan tahun tingkatan 2 dan berpindah ke SMK Seri Ampang dan semasa mennegah atas aku ambil aliran sains tulen yang sebenarnya aku tak la minat sangat. tapi aku redalah. Hasilnya subjek sains tulen aku taklah cemerlang. Aku tekad nak lanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari. Alhamdulillah aku dapat sambung belajar di peringkat diploma di UiTM Pulau Pinang dalam bidang kulinari. Aku berpeluang menyertai beberapa pertandingan fruit and vegetable carving tapi taklah mahir sangat pon. Masih banyak yang perlu dipelajari. Kini, aku belaja di UTHM dalam jurusan Pendidikan Vokasional Katering. Aku berharap aku boleh memperoleh ilmu sebanyak yang mungkin dan mengasah bakat aku dalam bidang kulinari. Supaya suatu hari nanti jika aku dapat menjadi pendidik dalam bidang ini aku mampu menjadi pendidik yang terbaik.


ini lahh beberapa hasil ukiran akuuu
Macam mana pula dengan personaliti aku? aku ni orang yang mcm mana ehh? aku ni ambivert. 😝😝 Balance between introvert and exrovert. Pernah aku sembang dengan sorang makcik ni semangat betul. peramah tu lain macam hahahahah. Tetiba esoknya aku tak cakap sepatah pon aku macam tetiba awkward sgt, tetiba tak boleh nak cakap, takde idea nak sembang apa. kalau orang yang tak kenal aku selalu cop muka aku ni sombong. Tapi sekali dah kenal hmmm annoying pon ada dia punya banyak cakap tu haihhh. Aku juga penghibur orang2 yang rapat dengan aku. Selalu buat lawak2 random gituu Tapi clumsynya aku tu aku sendiri tak suka. 😒😒😒  Banyak jugak kelemahan diri aku. Aku bersyukur ada keluarga dan kawan2 yang sentiasa di sisi aku yang terima baik dan buruk aku.💗

Sampai sini jelah kot serba sedikit tentang diri aku😊 

Comments

Popular Posts