TOPIC 3: MY NATURAL PERSPECTIVES OF PHILOSOPHY
Assalamualaikum semua pembaca💗 Harapnya semua berada dalam keadaan baik mental dan fizikal. Semoga kita semua terus kuat menghadapi hari-hari mendatang walau apapun dugaan yang dihadapi. Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk teruskan menulis di blog ini. Akhirnya sampailah sudah ke topik akhir dalam Karya Philosophia ini. K ini, setelah mempelajari kursus Falsafah Pendidikan aku boleh menilai diri aku daripada sudut yang lain dan aku rasa aku lebih memahami diri sendiri. Aku juga dapat memahami orang lain dengan perspektif falsafah mereka. Marilah menjawab persoalan terakhir dalam karya ini. Identify TWO of your own natural perspectives of philosophy. Setelah membuat penelitian terhadap diri sendiri aku dapat lihat perspektif falsafah aku ialah pragmatisme dan idealisme. Aku memang lebih cenderung untuk minat dan seronok buat sesuatu yang melibatkan pergerakan fizikal. Tak kiralah semasa belajar atau pun buat kerja. Kalau ketika belajar, mata pelajaran teori ini s...